Banjir mula landa Kelantan, dua PPS dibuka di Pasir Puteh

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memindahkan mangsa banjir yang terkandas di Kampung Tasek Tok Kundur, mukim Bukit Awang. - Foto APM
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memindahkan mangsa banjir yang terkandas di Kampung Tasek Tok Kundur, mukim Bukit Awang. - Foto APM
A
A
A

KOTA BHARU - Jajahan Pasir Puteh menjadi lokasi pertama dilanda banjir di Kelantan akibat monsun timur laut apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 71 mangsa sedang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu dan SK Wakaf Raja di jajahan itu.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memindahkan mangsa banjir yang terkandas di Kampung Tasek Tok Kundur, mukim Bukit Awang. Kesemua mangsa akan dipindahkan ke PPS SK Wakaf Raja. - Foto APM

SK Dalam Rhu menempatkan 42 mangsa daripada 10 keluarga.

"Sebanyak 29 mangsa daripada tujuh keluarga pula berada di PPS SK Wakaf Raja," menurut portal berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: