4 penguat kuasa disyaki terima rasuah 'lesen terbang' direman

Empat penguat kuasa didakwa mengeluarkan lesen terbang hadir di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
Empat penguat kuasa didakwa mengeluarkan lesen terbang hadir di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Empat anggota penguat kuasa yang disyaki menerima rasuah bagi mengeluarkan 'lesen terbang' direman selama tujuh hari.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Farrah Fariza Wan Ghazali selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu di sini pada Selasa.

Penahanan reman terhadap empat suspek berusia 30-an itu bermula Selasa sehingga 28 November depan untuk siasatan pihak SPRM.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan empat penguat kuasa ditahan selepas disyaki menerima wang rasuah kira-kira RM300,000 daripada ejen dan calon yang mengambil lesen memandu.

Empat penguat kuasa didakwa mengeluarkan lesen terbang hadir di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.
Empat penguat kuasa didakwa mengeluarkan lesen terbang hadir di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Kesemua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2021 dan 2022 serta disyaki menerima wang rasuah melalui orang tengah sebagai balasan untuk mengeluarkan lesen memandu kepada calon tanpa perlu mengikuti ujian memandu.

Kesemua suspek menggunakan modus operandi dengan meminta dan menerima rasuah daripada orang tengah antara RM400 hingga RM1,200 daripada setiap calon bagi mendapatkan lesen memandu pelbagai kelas tanpa menjalani ujian memandu.

Kegiatan haram sindiket pengeluaran lesen terbang ini dipercayai menyebabkan kerugian kepada hasil kerajaan sebanyak kira-kira RM1.5 juta.

Artikel Berkaitan: