Dua ditahan kes godam kad debit, kredit

Yahaya menunjukkan telefon bimbit yang digunakan oleh sindiket terbabit pada sidang akhbar di IPD Kuantan pada Selasa.
Yahaya menunjukkan telefon bimbit yang digunakan oleh sindiket terbabit pada sidang akhbar di IPD Kuantan pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Dua lelaki termasuk warga China ditahan kerana disyaki terlibat menggodam kad bank kredit dan debit yang menyasarkan mangsa dari Timur Tengah.

Mereka yang ditahan berusia 23 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah rumah teres di daerah ini dalam Ops Dadu, kira-kira jam 4 pagi, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, pihaknya sedang mengesan saki-baki ahli sindiket selepas berjaya dua lelaki terbabit.

"Kedua-dua suspek ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga hari ini (Selasa).

"Namun, reman terhadap kedua-dua suspek akan disambungkan lagi bagi membolehkan pihak kita menjalankan siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang akhbar berhubung kejayaan tangkapan dan rampasan kes sindiket menggodam kad bank kredit dan debit melibatkan mangsa dari negara Timur Tengah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini pada Selasa.

Yahaya memaklumkan polis juga merampas set komputer yang digunakan bagi tujuan menggodam laman sesawang kad kredit dan debit dengan menggunakan server luar negara.

Yahaya
Yahaya

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, sebanyak 101 unit telefon bimbit jenis dan 14 terminal pembayaran mudah alih, 83 kabel mengecas telefon bimbit serta tiga rak kayu berwarna putih.

"Anggaran kerugian yang dialami mangsa-mangsa di negara Timur Tengah masih dalam siasatan pihak polis memandangkan transaksi melibatkan bank di luar negara dan bank di Malaysia," katanya.

Menjawab mengenai modus operandi, Yahaya berkata, sindiket terbabit akan melayari satu laman sesawang untuk mendaftar laman sesawang palsu.

Beliau menambah, selepas berjaya, ahli sindiket akan menggunakan laman sesawang palsu untuk mempromosikan iklan pembelian barangan bagi menarik mangsa untuk mendaftar butiran kad debit dan kredit.

Katanya, setelah sindiket berjaya menceroboh akaun kad debit dan kredit mangsa, butiran kad mangsa akan dipaparkan ke laman sesawang yang dapat dilayari sindiket.

"Laman sesawang ini akan diubah setiap hari dipercayai dikawal oleh ahli sindiket. Pada laman sesawang itu, terpapar maklumat nombor 16 angka kad kredit dan debit, nama pemilik kad, nama bank, nombor keselamatan kad kredit (CVV), tarikh luput dan akan terpapar nombor pas pengesahan transaksi (OTP).

"Ahli sindiket akan menggunakan aplikasi wallet iPhone dengan mengimbas kad kredit dan debit digital yang terpapar pada skrin komputer dan secara automatik nombor kad akan tertera dalam aplikasi wallet Iphone," katanya.

Yahaya memberitahu, kemudian ahli sindiket akan memasukkan maklumat pemilik, CVV dan OTP kad tanpa pengetahuan pemilik kad.

"Kesemua kad kredit yang digodam itu dari pelbagai bank luar negara sekitar Timur Tengah seperti Arab Saudi, Turkiye, Qatar dan Kuwait.

"Selepas berjaya menggodam, ahli sindiket akan mengimbas dengan menggunakan aplikasi wallet iPhone pada terminal pembayaran dan transaksi berjaya," jelas beliau lagi.

Yahaya berkata, siasatan awal mendapati anggaran keuntungan yang diperolehi sindiket terbabit antara RM20,000 dan RM30,000 sehari.

Sehubungan itu, pihak polis menasihatkan semua masyarakat untuk menyalurkan maklumat bagi membantu pihak polis, jika mendapati terdapat aktiviti scammer dan menyalahi undang-undang.