Amaran ribut petir, hujan lebat di 7 negeri

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di tujuh negeri. Foto hiasan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang di tujuh negeri. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga jam 5 petang ini.

Dapatan itu diperoleh daripada Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 12 tengah hari, Selasa.

Menurut MetMalaysia juga, Gua Musang (Kelantan) serta Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman (Terengganu) turut mengalami amaran sama.

"Di Sarawak, kawasan terlibat antaranya Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) dan Kapit (Song).

"Amaran dikeluarkan sehingga jam 5 petang ini," katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seluruh Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor berdepan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang
  • Amaran ini juga berlaku untuk Gua Musang (Kelantan), Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman (Terengganu) dan beberapa kawasan di Sarawak
  • Amaran dikeluarkan berdasarkan dapatan daripada Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia setakat kemaskini jam 12 tengah hari, Selasa
  • Amaran ini sah sehingga jam 5 petang hari yang sama
  • Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang valid untuk tempoh tidak melebihi enam jam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!