15,789 kenderaan dipandu warga asing disita

KOTA BHARU – Sebanyak 15,789 kenderaan termasuk kereta dan motosikal yang dipandu warga asing disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun bermula 2023.
Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Datuk Jazmanie Shafawi berkata, daripada jumlah itu sebanyak 4,393 sitaan direkodkan pada 2023, diikuti 3,659 pada 2024 sebelum meningkat ketara kepada 7,737 sitaan sepanjang 2025.
“Dalam tempoh sama, sebanyak 482,742 saman turut dikeluarkan terhadap warga asing atas pelbagai kesalahan lalu lintas.
“Pecahannya adalah 107,766 saman pada 2023, 183,300 pada 2024 dan 191,676 pada 2025,” katanya sempena Op Tahun Baharu Cina 2026 di Terminal Bas Lembah Sireh di sini pada Isnin.
Sebelum ini, JPJ juga menjalankan operasi bersama imigresen bagi mengesan warga asing yang melakukan kesalahan menggunakan lesen memandu milik rakyat tempatan.
Mereka terlibat termasuk etnik Rohingya yang memegang dokumen Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).
“Mereka bukan saja dipercayai memandu kereta warga tempatan bahkan guna lesen warga tempatan juga.
“JPJ akan terus tegas membendung pelanggaran undang-undang dan memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara,” ujarnya.
Ringkasan AI
- Sebanyak 15,789 kenderaan milik warga asing disita oleh JPJ dalam tempoh tiga tahun bermula 2023
- Sitaan meningkat setiap tahun dengan 4,393 kenderaan pada 2023, 3,659 pada 2024, dan 7,737 pada 2025
- Sejumlah 482,742 saman dikeluarkan terhadap warga asing untuk kesalahan lalu lintas dari 2023 hingga 2025
- Operasi bersama antara JPJ dan imigresen untuk mengesan warga asing menggunakan lesen memandu rakyat tempatan
- JPJ berkomitmen untuk membendung pelanggaran undang-undang demi keselamatan pengguna jalan raya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

