Tiga PATI warga China ditahan ceroboh negara melalui Sungai Golok


Tiga PATI warga China yang dicekup anggota ATM pada Sabtu.
Tiga PATI warga China yang dicekup anggota ATM pada Sabtu.
A
A
A

TANAH MERAH - Tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara China dicekup Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas memasuki negara ini secara haram dengan menaiki perahu menyeberangi Sungai Golok pada Sabtu.

Perbuatan mereka yang berusia 33 hingga 36 tahun itu dikesan oleh sepasukan anggota ketika melakukan rondaan pada jam 12.20 tengah hari.

Markas Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan memaklumkan, PATI terbabit terdiri daripada seorang lelaki dan dua wanita.

"Turut dirampas sembilan telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Malaysia, United Arab Emirates, Thailand dan Hong Kong serta tiga utas jam tangan juga barang kemas.


Tindakan PATI berusia 33 hingga 36 tahun itu dikesan oleh sepasukan anggota ATM ketika melakukan rondaan pada jam 12.20 tengah hari.
Tindakan PATI berusia 33 hingga 36 tahun itu dikesan oleh sepasukan anggota ATM ketika melakukan rondaan pada jam 12.20 tengah hari.

"Kad tambah nilai Myanmar dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM104,096.36 juga dirampas," katanya.

Menurut kenyataan itu, PATI tersebut diserahkan kepada Balai Polis Bukit Bunga untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan beroperasi sentiasa mengawal sempadan negara dan akan terus memastikan keselamatan sempadan terpelihara.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!