GEG tidak tepati sasaran, ramai orang muda bergantung industri vape

Industri ini telah melahirkan ramai peniaga muda, membantu masyarakat untuk peroleh pendapatan dan kerja. - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohamad Neezam
Industri ini telah melahirkan ramai peniaga muda, membantu masyarakat untuk peroleh pendapatan dan kerja. - Gambar hiasan, gambar kecil: Mohamad Neezam
A
A
A

SHAH ALAM - Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) dilihat tidak menepati sasaran sebenar, malah kerajaan perlu melaksanakan peraturan mengawal selia industri vape bagi mengembangkan potensinya.

Presiden Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA), Mohamad Neezam Talib berkata, pandangan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh juga tepat ekoran industri berkenaan telah mencipta ekosistem besar dengan hampir 50,000 peniaga terutama golongan belia bergantung pendapatan daripadanya.

“Industri ini telah melahirkan ramai peniaga muda, membantu masyarakat untuk peroleh pendapatan dan kerja. Sebagai contoh ketika Covid-19 ramai yang jual dalam talian.

“Kita harus lihat pada sudut yang lebih luas kerana GEG akan memberi kesan kepada keseluruhan ekosistem industri termasuk pengusaha vape yang rata-rata terdiri daripada usahawan industri kecil sederhana (IKS),” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Justeru Mohamad Neezam berharap kerajaan mengambil kira pandangan dan keluhan pemain industri selain menyertakan mereka dalam sesi libat urus.

“Terdapat bukti kukuh dan boleh dipercayai untuk membuktikan produk vape kurang berbahaya daripada rokok dan berkesan dalam membantu perokok untuk berhenti (menghisap rokok).

“Kajian juga telah menunjukkan bahawa peratusan perokok lebih ramai berbanding penggunaan vape, jadi jangan terus menghukum industri kami,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: