Warga asing makin berani pandu kenderaan tanpa lesen

Lokman (kiri) melihat cukai jalan sebuah kenderaan komersial yang ditahan semasa Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam oleh JPJ dan JIM di Putrajaya pada Khamis.
Lokman (kiri) melihat cukai jalan sebuah kenderaan komersial yang ditahan semasa Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam oleh JPJ dan JIM di Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Tindakan berani empat pemandu warga asing (Pewa) yang selama ini membawa kenderaan komersial tanpa lesen memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi bersepadu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, tindakan tersebut bukan sahaja membahayakan pemandu dan penumpang kenderaan komersial, malah boleh memberi kesan sangat buruk kepada pengguna jalan raya lain.

"Kita melihat tindakan Pewa membawa kenderaan persendirian atau komersial tanpa lesen merupakan satu kesalahan besar serta sangat serius.

"Ini kerana mereka tidak pernah dilatih menggunakan atau mengendalikan kenderaan di atas jalan raya.

Lokman (dua dari kiri) bersama petugas dan pegawai semasa Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam oleh JPJ dan JIM di Putrajaya pada Khamis.
Lokman (dua dari kiri) bersama petugas dan pegawai semasa Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam oleh JPJ dan JIM di Putrajaya pada Khamis.

"Tindakan seumpama ini boleh mengundang risiko besar kepada banyak pihak yang sama-sama menggunakan jalan raya," katanya dalam sidang akhbar pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bermula dari jam 3 pagi sehingga 9 pagi.

Operasi bersepadu itu dilakukan di sekitar Laluan Masuk melalui arah Kajang-Puchong ke Putrajaya.

Artikel Berkaitan:

Seramai 40 pegawai dan anggota JPJ dan 150 petugas JIM terlibat dalam operasi tersebut.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, tindakan Pewa melakukan kesalahan jalan raya dilihat serius apabila sebanyak 2,665 notis kesalahan dikenakan sepanjang tempoh 13 hari operasi bersepadu dilaksanakan bermula 1 November.

Kata beliau, jumlah tindakan yang dikenakan ke atas kumpulan Pewa itu dilihat sangat serius dan membimbangkan.

Lokman (kanan) menyampaikan pesanan ringkas kepada semua petugas dan pegawai yang terlibat dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam oleh JPJ dan JIM di Putrajaya pada Khamis.
Lokman (kanan) menyampaikan pesanan ringkas kepada semua petugas dan pegawai yang terlibat dalam Operasi Khas Bersepadu Kenderaan Perkhidmatan Awam oleh JPJ dan JIM di Putrajaya pada Khamis.

Sehubungan itu katanya, operasi berterusan akan dilaksanakan bagi memburu Pewa yang melakukan kesalahan jalan raya.

Dalam pada itu, menurut beliau, sebanyak 224,616 kenderaan diperiksa menerusi Ops Patuh Bersepadu bermula 1 hingga 13 November.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 21,327 dikenakan tindakan notis saman JPJ (P) 22 di atas pelbagai kesalahan, manakala sejumlah 717 kenderaan disita.