Warga asing 'selamba' pandu bas pekerja

JPJ Selangor bersama JSPT melaksanakan Op Patuh Bersepadu di sekitar negeri itu pada Khamis.
JPJ Selangor bersama JSPT melaksanakan Op Patuh Bersepadu di sekitar negeri itu pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua bas pekerja yang dipandu lelaki warga asing di Seksyen 25, Taman Seri Muda, di sini disita pada Khamis.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, bas itu ditahan menerusi operasi Op Patuh Bersepadu dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, operasi bermula jam 8 pagi itu telah menahan dua pemandu warga India berusia lingkungan 30-an.

"Pemeriksaan mendapati pelbagai kesalahan dikesan termasuk tidak lesen memandu.

"Sitaan bas dibuat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

No Image Caption

Beliau berkata, operasi pemeriksaan ke atas semua jenis kenderaan yang dijalankan sehingga jam 12 tengah malam di sekitar Plaza Tol Kemuning, Plaza Tol Batu 9 Cheras, Plaza Tol Rawang, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dan Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) turut mengeluarkan 871 saman.

Katanya, antara kesalahan direkodkan ialah tiada lesen memandu dengan 255 kes, teknikal (444 kes) dan tiada cukai jalan dan perlindungan insurans (174 kes).

Artikel Berkaitan:

"JPJ Selangor melalui kolaborasi bersama JSPT akan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

"Sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," ujarnya.