Premis perniagaan tanpa lesen dikendali warga asing disita

Kesemua barangan perniagaan tersebut turut disita
Kesemua barangan perniagaan tersebut turut disita
A
A
A

KUALA LANGAT - Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menutup sebuah premis dikendalikan warga asing di Jalan Usahawan 2, Bandar Mahkota, Banting di sini.

MPKL dalam satu kenyataan memaklumkan, pemeriksaan dibuat terhadap sebuah premis perniagaan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Jalan Usahawan 2, Bandar Mahkota, Banting pada Rabu.

"Hasil pemeriksaan terdapat premis kedai beroperasi tanpa lesen yang sah daripada MPKL dikendali oleh warga asing," menurut MPKL dalam satu kenyataan di laman Facebooknya.

MPKL menutup sebuah premis dikendalikan warga asing di Jalan Usahawan 2, Bandar Mahkota, Banting.
MPKL menutup sebuah premis dikendalikan warga asing di Jalan Usahawan 2, Bandar Mahkota, Banting.

Menurut MPKL, kesalahan itu dilakukan di bawah Undang – undang Kecil 3, Undang-undang Kecil Tred Perniagaan Dan Perindustrian MDKL 2007 kerana menjalankan perniagaan berkaitan (Pelbagai) tanpa lesen dari MPKL.

Pada masa sama, kesemua barangan perniagaan tersebut turut disita di bawah Undang-Undang Kecil 38(1) Undang-Undang Kecil Tred Perniagaan Dan Perindustrian MDKL 2007 bagi premis perniagaan pelbagai.

"Kesemua barang sitaan dibawa ke stor pejabat penguat kuasa untuk tindakan selanjutnya," tambah kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: