Pemimpin dunia harus kutuk Hamas, bukan Israel - Netanyahu

Netanyahu mendakwa tentera Israel pindahkan orang awam dari wilayah konflik tapi Hamas guna orang awam sebagai perisai. - Foto Reuters
Netanyahu mendakwa tentera Israel pindahkan orang awam dari wilayah konflik tapi Hamas guna orang awam sebagai perisai. - Foto Reuters
A
A
A

TEL AVIV - Benjamin Netanyahu tidak menunggu lama untuk mengulas gesaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron agar Israel segera menghentikan pembunuhan wanita dan bayi di Gaza selain gencatan senjata dilakukan bagi mengekang perang daripada berlanjutan.

Menurut Perdana Menteri Israel itu, seluruh dunia seharusnya mengutuk puak pejuang Hamas berbanding 'menyerang' Israel, yang didakwa Netanyahu, tentera zionis itu sedang memindahkan orang awam dari wilayah konflik itu, sedangkan Hamas pula, dakwa Netanyahu menggunakan orang awam sebagai perisai.

"Tindakan jenayah yang dilakukan Hamas-ISIS di Gaza hari ini, pada masa depan akan dilakukan di Paris, New York dan di seluruh dunia," kata Netanyahu memberi peringatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, lapor BBC. - Agensi/Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!