'Andai neraka itu di bumi, Gazalah tempatnya' - Jurucakap PBB

Rejim Israel terus mengepung dan memusnahkan Semenanjung Gaza. Foto: AP
Rejim Israel terus mengepung dan memusnahkan Semenanjung Gaza. Foto: AP
A
A
A

GENEVA - Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat berkata, badan antarabangsa itu tidak boleh menghantar trak bantuan ke utara Gaza berikutan konflik yang tercetus di wilayah yang dikepung itu.

"Jika neraka itu di bumi, utara Gazalah tempatnya,” kata jurucakap Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Jens Laerke pada taklimat akhbar mingguan di Geneva.

Laerke berkata, trak yang membawa bantuan kemanusiaan PBB hanya sampai ke selatan Semenanjung Gaza dan tidak dapat memasuki ke kawasan utara Gaza yang didiami ratusan ribu penduduk, lapor Agensi Anadolu.

Sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin, termasuk 4,412 kanak-kanak dan 2,918 wanita terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober. - Foto AFP
Sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin, termasuk 4,412 kanak-kanak dan 2,918 wanita terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober. - Foto AFP

Sekumpulan pakar PBB baru-baru ini memberi amaran bahawa rakyat Palestin berisiko menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai memandangkan rejim Israel terus mengepung Semenanjung Gaza.

Keadaan di Gaza selepas dibedil tentera Israel. - Foto AFP
Keadaan di Gaza selepas dibedil tentera Israel. - Foto AFP

Artikel Berkaitan:

Sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin, termasuk 4,412 kanak-kanak dan 2,918 wanita terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober, menurut pihak berkuasa Palestin. - Bernama