Digugurkan sebagai wajah Dior, Bella Hadid tetap pendirian

Bella Hadid telah digugurkan sebagai wajah Dior yang digantikan dengan May Tager
Bella Hadid telah digugurkan sebagai wajah Dior yang digantikan dengan May Tager
A
A
A

PENINDASAN dan tindakan kejam Israel untuk menghapuskan rakyat Palestin terus menjadi perhatian dunia termasuklah model terkenal antarabangsa, Bella Hadid.

Sejak awal lagi, Bella yang mewarisi darah Palestin daripada bapanya, Mohamed Hadid tidak mempedulikan kedudukannya sebagai selebriti dalam memberikan sokongan kepada Palestin.

Dek kelantangan itu, Bella atau nama penuhnya Isabella Khair Hadid telah digugurkan sebagai wajah Dior.

Bagaimanapun Dior telah bertindak biadab menggantikan tempat Bella dengan model baharu dari bangsa penjajah berkenaan, May Tager.

Keputusan Dior itu telah mencetuskan perdebatan di media sosial hingga muncul trending di laman sosial X.

Netizen mengkritik tindakan jenama mewah itu yang seolah-olah ‘sengaja’ memilih model dari Israel selepas mengetahui Bella seorang yang lantang bersuara dalam isu Palestin.

Bella juga beberapa kali menyertai perhimpunan buat Palestin.
Bella juga beberapa kali menyertai perhimpunan buat Palestin.

Bella menerusi Instagramnya tetap dengan pendirian dan turut mendedahkan pelbagai tekanan dihadapi selepas lantang bersuara.

Artikel Berkaitan:

“Saya tidak boleh diam lagi. Ketakutan bukan pilihan. Rakyat dan anak-anak Palestin khususnya di Gaza tidak mampu untuk berdiam diri. Kami tidak berani tetapi mereka berani.

“Saya menerima beratus-ratus ancaman bunuh setiap hari, nombor telefon saya dibocorkan dan keluarga saya berasa tidak selamat.

“Melihat kesan daripada serangan udara di Gaza, saya turut berduka dengan semua ibu yang kehilangan anak dan anak-anak yang menangis sendirian selepas kehilangan keluarga dan rakan,” tulis Bella.

Bella dilantik sebagai wajah untuk Dior Beauty sejak 2016.

Dalam hantaran sama, Bella turut menceritakan keluarga bapanya yang berketurunan Palestin diusir dari bumi kelahiran.

“Ayah saya dilahirkan di Nazareth pada tahun Nakba (Perpindahan 750,000 Rakyat Palestin Pada Tahun 1948).

“Sembilan hari selepas dilahirkan, dalam pangkuan nenek, bapa saya bersama keluarganya telah diusir dari rumah mereka di Palestin menjadi pelarian.

“Datuk dan nenek saya tidak dibenarkan pulang ke negara asal mereka. Keluarga saya telah menyaksikan 75 tahun keganasan terhadap rakyat Palestin terutamanya, pencerobohan peneroka kejam yang membawa kepada kemusnahan seluruh komuniti, pertumpahan darah dan penyingkiran keluarga secara paksa dari rumah mereka,” titipnya - SINARPLUS

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!