Pempengaruh media sosial Barat mula kaji al-Quran, kagum semangat rakyat Palestin

BANYAK perkongsian di media sosial yang memaparkan pempengaruh media sosial yang bergelar TikTokers mula meneroka al-Quran lantaran kagum dengan semangat yang ditonjolkan rakyat Palestin walaupun berdepan dengan kekejaman rejim Zionis Israel.
BANYAK perkongsian di media sosial yang memaparkan pempengaruh media sosial yang bergelar TikTokers mula meneroka al-Quran lantaran kagum dengan semangat yang ditonjolkan rakyat Palestin walaupun berdepan dengan kekejaman rejim Zionis Israel.
A
A
A

KEKEJAMAN dan kezaliman rejim Zionis Israel terhadap Palestin mengetuk hati ramai untuk mengkaji serta mendalami inti pati al-Quran. Lebih-lebih lagi saat melihat keteguhan iman yang ditonjolkan oleh warga Gaza dan semangat dizahirkan mereka.

Walaupun ada yang belum Islam, namun kegigihan mereka menggali ilmu tersebut wajar dipuji.

Bahkan, trend tersebut dilihat semakin tular di media sosial. Bukan sahaja mendapat reaksi meluas di Barat, tetapi fenomena tersebut juga membuatkan mereka tertarik dengan keindahan Islam itu sendiri sehinggakan ada yang memeluk agama suci berkenaan.

Gerakan tersebut dipercayai bermula dengan pempengaruh TikTok, Megan Rice apabila beliau memulakan usaha ‘non Muslim reading Quran’.

MEGAN RICE dipercayai menjadi individu bukan Islam pencetus kepada usaha gerakan 'non Muslim reading Quran'.
MEGAN RICE dipercayai menjadi individu bukan Islam pencetus kepada usaha gerakan 'non Muslim reading Quran'.

“Saya membuat video yang mengatakan bahawa saya kagum dengan kepercayaan Palestin dan orang ramai memberi komen ‘Well yeah, girl, that’s Islam. Have you read the Quran? You should probably read the Quran’ (Baiklah saudari, itulah Islam. Sudahkah anda membaca al-Quran? Anda mungkin perlu membaca al-Quran),” katanya menerusi sedutan video yang dikongsikan di akaun TikTok megan_b_rice miliknya.

Menjengah akaun media sosial miliknya itu, boleh dikatakan saban hari ada sahaja petikan terjemahan ayat al-Quran dalam bahasa Inggeris yang dibacanya.

Artikel Berkaitan:

Malah, beliau dilihat begitu lantang memperjuangkan kebebasan Palestin, selain menzahirkan kekagumannya terhadap semangat umat Islam Gaza berhadapan dengan kekejaman rejim Zionis Israel.

Perkongsiannya itu membuatkan ramai orang terinspirasi untuk berbuat demikian.

Antaranya pengguna akaun TikTok fendilux842 meninggalkan komen, Megan Rice menjadi antara sebab mengapa dia memuat turun aplikasi al-Quran.

“Saya pasti menukar agama (Islam) kerana anda,” coretnya.

Bukan itu sahaja, TikTokers Jackjackwilds menjelaskan, dirinya turut terinspirasi membeli al-Quran selepas mengikuti perkongsian Megan Rice.

PEMPENGARUH TikToker, Jackjackwilds dikhabarkan kini sudah memeluk Islam setelah mendalami inti pati yang terkandung dalam al-Quran.
PEMPENGARUH TikToker, Jackjackwilds dikhabarkan kini sudah memeluk Islam setelah mendalami inti pati yang terkandung dalam al-Quran.

“Saya cuba untuk memahami bagaimana rakyat Palestin kekal berdaya tahan. Sebagai orang Yahudi, membaca teks (al-Quran) buat kali pertama. Saya tidak pernah melihat al-Quran sebelum ini.

“Saya tidak tahu apa-apa perkara ini, propaganda berkaitan. Saya 'mengenyahkan program' semasa saya cuba mendapatkan bahan pendidikan,” katanya dalam satu sedutan video miliknya.

Menerusi perkongsian terbaharunya, Jackjackwilds membuat pengakuan bahawa dirinya sudah bersyahadah dan memeluk agama suci berkenaan.

Dalam pada itu, TikTok portal berita terkemuka TRT World turut memaparkan beberapa komentar orang bukan Islam yang mula ‘membuka’ al-Quran.

Malah TRT World menjelaskan, ramai yang membaca kitab suci umat Islam itu mengakui asbab berkenaan menyebabkan mereka sedar begitu terhadnya pengetahuan mereka tentang Islam sebelum ini dan betapa berbezanya agama tersebut daripada naratif Barat.

Pengguna akaun TikTok CEE +) misalnya berkata: “Saya mula membaca al-Quran semalam dan ia sangat indah. Saya bukan seorang Muslim, tetapi saya berdiri bersama anda Palestin.”

ANTARA komen-komen yang dicoretkan oleh netizen di media sosial tentang usaha mereka mendalami al-Quran. -Sumber: TikTok TRT World
ANTARA komen-komen yang dicoretkan oleh netizen di media sosial tentang usaha mereka mendalami al-Quran. -Sumber: TikTok TRT World

Malah, ada juga yang sudah memeluk Islam selepas menghayati keindahan bait-bait kalamullah itu dan agama suci tersebut.

“Saya memeluk Islam tiga hari lalu dan kini saya belajar lebih banyak tentang Islam. Al-Quran adalah penawar dan rahmat bagi orang yang beriman,” tulis pengguna akaun TikTok Mrez172.