'Kali ini saya tak kuat' - Amyza Aznan

“Kali ini saya tak kuat. Saya tak tahu bila saya akan kuat".
Demikian luahan pilu pelakon Amyza Aznan susulan pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail Khairil Izhar, malam tadi, satu kehilangan yang disifatkannya sebagai ujian paling berat dalam hidupnya sebagai seorang ibu.
Dalam temu ramah bersama media, Amyza secara terbuka mengakui dia masih belum mampu menerima hakikat pemergian anak lelakinya itu.
“Saya terlalu takut kerana dalam hidup saya ini, apa yang saya buat semua anak, anak, anak. Semua anak,” kongsinya dalam nada sebak.
Menerusi hantaran di Instagram pula, ibu kepada tiga cahaya mata itu menitipkan doa buat Allahyarham.
“Semoga syurga tempatmu anak Andre Mikhail Khairil Izhar,” tulisnya.
Andre Mikhail menghembuskan nafas terakhir kira-kira 10.15 malam, Isnin akibat kanser paru-paru tahap empat.
Jenazah Allahyarham terdahulu dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor pada jam 10.30 pagi. - Sinarplus
Ringkasan AI
- Amyza Aznan merasakan kehilangan anak sulungnya sebagai ujian paling berat dalam hidupnya sebagai ibu
- Belum mampu menerima hakikat pemergian anak lelakinya
- Amyza terlalu takut kerana hidupnya sangat tertumpu pada anak-anak
- Menitipkan doa buat anaknya, Andre Mikhail Khairil Izhar, agar berada di syurga
- Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana, Ampang, Selangor
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
