Masjid di Terengganu adakan bacaan Qunut Nazilah, solat hajat

Semua masjid di Terengganu diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat Jumaat dengan disertakan solat hajat bermula Jumaat ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: M Rozi)
Semua masjid di Terengganu diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat Jumaat dengan disertakan solat hajat bermula Jumaat ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: M Rozi)
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Semua masjid di Terengganu diminta mengadakan bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat Jumaat dengan disertakan solat hajat bermula pada Jumaat ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata, arahan tersebut telah dimaklumkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Masjid di seluruh Terengganu.

Menurutnya, semua jemaah perlu memohon kepada ALLAH SWT supaya diberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat Palestin.

"Sebagaimana sedia maklum situasi terkini yang berlaku pada umat Islam di Palestin. Jadi, kita mengarahkan semua masjid mengadakan bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat Jumaat dan disertakan dengan solat hajat.

"Ini bertujuan memohon kepada ALLAH SWT agar memberikan keselamatan kepada umat Islam di sana," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Rakyat Palestin kini berdepan krisis 'pembunuhan beramai-ramai' selepas serangan berterusan tentera rejim zionis Israel.

Setakat ini, angka kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel secara berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 10,328 orang.

Lebih separuh daripada jumlah mangsa terkorban merupakan wanita dan kanak-kanak.

Artikel Berkaitan: