Baca Qunut Nazilah, solat hajat secara tetap mulai hari ini

Kerajaan Johor melalui JAINJ mengarahkan setiap masjid dan surau di negeri ini melaksanakan bacaan Qunut Nazilah dan solat hajat secara tetap mulai hari ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Fared)
Kerajaan Johor melalui JAINJ mengarahkan setiap masjid dan surau di negeri ini melaksanakan bacaan Qunut Nazilah dan solat hajat secara tetap mulai hari ini. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Fared)
A
A
A

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor melalui Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), mengarahkan setiap masjid dan surau di negeri ini melaksanakan bacaan Qunut Nazilah secara tetap dalam setiap solat fardu mulai hari ini secara menyeluruh.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, selain bacaan Qunut Nazilah, solat sunat hajat juga ditetapkan untuk dilaksanakan di setiap masjid dan surau selepas solat Maghrib.

“Akibat kemudaratan dan kesulitan bahana peperangan khususnya kepada rakyat Palestin, kerajaan Johor melalui JAINJ telah mengarahkan agar bacaan Qunut Nazilah dilaksanakan secara tetap di dalam setiap solat fardu di semua masjid surau di Johor bermula hari ini (Isnin) secara menyeluruh.

“Selain itu, solat sunat hajat juga ditetapkan bagi dilaksanakan oleh masjid dan surau kita pada setiap kali selepas solat fardu maghrib,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

“Semoga usaha ini akan melorongkan pertolongan ALLAH SWT bagi keamanan yang berpanjangan kepada umat Islam,” katanya.

Untuk rekod, bacaan Qunut Nazilah dan solat sunat hajat sebelum ini dilaksanakan di masjid dan surau selepas solat Jumaat.

Artikel Berkaitan: