Fakta tentang Qunut Nazilah yang wajib Muslim tahu

SAMA-SAMALAH kita menunaikan solat hajat dan melakukan bacaan doa qunut nazilah dalam setiap solat fardu demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin yang kini diserang. -Gambar hiasan/ Foto: Bernama
SAMA-SAMALAH kita menunaikan solat hajat dan melakukan bacaan doa qunut nazilah dalam setiap solat fardu demi kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin yang kini diserang. -Gambar hiasan/ Foto: Bernama
A
A
A

SUSULAN insiden serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, Palestin, pihak masjid di seluruh negara disarankan untuk mengadakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah bagi kesejahteraan dan keselamatan saudara seagama kita.

Antara pihak yang menyeru berbuat demikian termasuklah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Dalam kenyataan media pada Isnin, JAWI menggesa masjid, surau Jumaat dan surat di bawah seliaannya unruk melaksanakan solat hajat selepas sembahyang Isyak pada hari ini berserta bacaan Qunut Nazilah.

Sejak Sabtu lalu, pejuang Hamas melancarkan serangan di banda-bandar Israel ekoran peningkatan serangan oleh tentera Israel di Masjid al-Aqsa sejak kebelakangan ini.

Israel dihujani serangan roket dari Semenanjung Gaza, suatu insiden yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Difahamkan, ia merupakan serangan Hamas terbesar ke atas Israel sejak Mesir dan Syria melancarkan serangan mengejut dalam usaha menuntut semula wilayah yang hilang dalam perang Yom Kippur, 50 tahun lalu.

Kepada mereka yang kurang jelas tentang maksud Qunut Nazilah, Sinar Islam Plus merujuk kepada artikel bertajuk #158 Bacaan Qunut Nazilah Ketika Musibah yang disiarkan dalam laman web Maktabah Albakri.

Jelas mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, qunut pada asasnya merupakan suatu doa.

Artikel Berkaitan:

DR ZULKIFLI
DR ZULKIFLI

Terdapat dua jenis bacaan doa qunut iaitu Qunut Ratibah yang sering dibaca ketika solat Subuh pada iktidal rakaat kedua dan semasa solat sunat witir bermula pertengahan bulan Ramadan, ungkapnya.

“Satu lagi dikenali sebagai Qunut Nazilah. Inilah doa yang disunatkan untuk dibaca di dalam solat ketika berlaku sesuatu musibah atau bencana khususnya melibatkan Muslim,” katanya dipetik menerusi laman web maktabahalbakri.com.

Dr Zulkifli kemudian mengemukakan sebuah hadis yang mana Rasulullah SAW membaca Qunut Nazilah ketika berlaku perkhianatan dan pembunuhan ke atas beberapa sahabat Baginda SAW.

Antaranya Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa: “Bahawasanya Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan meminta bantuan daripada Nabi Muhammad SAW untuk menyediakan kepada mereka beberapa orang lelaki untuk memerangi musuh mereka. Maka Baginda SAW menghantarkan kepada mereka 70 orang lelaki dari golongan Ansar yang dikenali sebagai al-Qura’ (penghafaz al-Quran). Maka mereka ini membantu untuk mengumpul katu api pada siang dan bermunajat kepada ALLAH pada waktu malam. Ketika mana mereka (golongan Ansar) sedang berada di lembah Ma’una, mereka dibunuh dan dikhianato. Apabila berita ini sampai kepada Rasulullah, Baginda membaca Qunut (Nazilah) selama sebulan dalam solat Subuh mendoakan (kecelakaan) ke atas puak Arab, Ri’lan, Zakwan, Usaiyah dan puak Lahyan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan nas dan perbahasan para ulama, Dr Zulkifli menjelaskan, diharuskan untuk kita membaca Qunut Nazilah ketika umat Islam ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan agama suci itu dan Muslim secara keseluruhan sama ada diperangi secara nyata atau dikhianati musuh.

“Bahkan, kami katakan ia sunat berdasarkan beberapa riwayat yang telah dinyatakan.

TERDAPAT dua jenis bacaan doa qunut iaitu Qunut Ratibah dan Qunut Nazilah. -Foto: 123rf
TERDAPAT dua jenis bacaan doa qunut iaitu Qunut Ratibah dan Qunut Nazilah. -Foto: 123rf

“Sebagai contoh dalam konteks hari ini, dapat dilihat ketika mana Gaza dan Syria dilanda peperangan, imam Masjid al-Haram membaca Qunut Nazilah mendoakan kemenangan ke atas orang Islam di sana sekali gus mendoakan kehancuran serta memohon kepada ALLAH diturunkan bala bencana ke atas orang kafir yang memerangi orang Islam,” katanya.

Suatu perkara yang perlu diketahui, ujar Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Sains Islam Malaysia, Qunut Nazilah boleh dibacakan dalam semua solat fardu disebabkan nazilah (kejadian tertentu yang berlaku) dan bukanlah secara mutlak (tanpa sebarang sebab).

“Musibah dimaksudkan menurut Imam al-Nawawi adalah yang menimpa ke atas orang Islam seperti ketakutan, kebuluran, wabak, (serangan) belalang dan lain-lain.

“Ibn Hajar al-Haitami pula menjelaskan sama ada nazilah tersebut bersifat umum atau khusus yang melibatkan masyarakat umum yang mana kemudaratannya akan melibatkan umat Islam seperti wabak dan juga taun serta hujan lebar yang memudaratkan.

UMAT Islam diharuskan untuk membaca Qunut Nazilah dalam solat fardu ketika Muslim ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan agama suci itu dan umat Islam secara keseluruhan sama ada diperangi secara nyata atau dikhianati musuh. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf
UMAT Islam diharuskan untuk membaca Qunut Nazilah dalam solat fardu ketika Muslim ditimpa musibah besar yang boleh memudaratkan agama suci itu dan umat Islam secara keseluruhan sama ada diperangi secara nyata atau dikhianati musuh. -Gambar hiasan/ Foto: 123rf

“Bukan itu sahaja, Qunut Nazilah juga disunatkan untuk dibaca secara jelas (jahar) dan disunatkan untuk mengangkat tangan. Ia dibaca pada rakaat terakhir solat fardu setelah bangun daripada rukuk,” katanya.