Kerajaan tidak akan kembalikan subsidi ayam secara pukal

Kerajaan tidak akan kembali mewujudkan subsidi ayam secara pukal kerana ianya tidak akan membantu rakyat yang benar-benar memerlukan. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Badrul Hisham
Kerajaan tidak akan kembali mewujudkan subsidi ayam secara pukal kerana ianya tidak akan membantu rakyat yang benar-benar memerlukan. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Badrul Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan tidak akan kembali mewujudkan subsidi ayam secara pukal kerana ianya tidak akan membantu rakyat yang benar-benar memerlukan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, subsidi pukal sebenarnya tidak memberi kelebihan langsung kepada kerajaan mahupun bisnes industri.

Menurutnya, ini kerana selama ini mereka yang tidak sepatutnya menerima faedah subsidi itu telah dimanjakan.

“Mereka yang tidak perlu subsidi diberikan subsidi adalah satu pembaziran jadi kita sudah ada formula seterusnya jika ada keperluan,” katanya

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri ke-419 ‘Tarik Subsidi Ayam: Apa Kesan Kepada Rakyat?’ dihoskan oleh Ismail Adnan yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Antara panel yang turut hadir, Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Wira Ameer Ali Mydin dan Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff.

Jelasnya, buat masa ini KPKM pastikan mereka yang terlibat dalam pengeluaran komoditi ayam ini diselaras dengan baik.

“Setakat ini komunikasi berlaku dengan baik antara kementerian dengan persatuan dan juga wakil penternak ayam.

Artikel Berkaitan:

Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Tarik subsidi ayam: Apa kesan kepada rakyat?’ menampilkan (dari kiri) hos, Ismail Adnan; Badrul Hisham, Ameer Ali Mydin dan Mohamad Yusrizal yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID
Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Tarik subsidi ayam: Apa kesan kepada rakyat?’ menampilkan (dari kiri) hos, Ismail Adnan; Badrul Hisham, Ameer Ali Mydin dan Mohamad Yusrizal yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Selasa. - Foto Sinar Harian / MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Beberapa sesi libat urus telah dibuat, kita mendengar dan menyampaikan aspirasi kerajaan kerana mereka dapat berniaga dengan baik hasil kemakmuran negara dan sokongan rakyat.

“Jadi mereka juga sepatutnya berikan kembalikan pulangan itu kepada rakyat,” katanya.

Tambahnya, kerjasama baik dengan baik dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga membantu menguruskan industri agar harga tidak melonjak terlalu tinggi

“Dalam masa yang sama kita tak halang industri buat keuntungan kerana itulah tujuan mereka terlibat dalam bisnes.

“Kekangan perlu diminimakan supaya industri dapat tumbuh subur kerana makanan perlu disediakan, ayam perlu dipelihara bagi memastikan ada bekalan tanpa ada pengeluar mana mungkin ada ayam dalam negara,” ujarnya.

Selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa, kerajaan bersetuju agar subsidi dan kawalan harga bagi ayam sahaja yang akan ditamatkan sepenuhnya bermula 1 November lalu.

Langkah itu terbukti memberi manfaat kepada pengguna kerana pengeluar, pemborong dan peruncit ayam akan bersaing sesama sendiri bagi menawarkan harga yang kompetitif kepada pelanggan.

Hampir seminggu selepas penamatan subsidi ayam, harga yang ditawarkan dalam pasaran adalah kompetitif dan jauh lebih rendah daripada harga bersubsidi iaitu harga purata ayam bersih standard peringkat nasional adalah RM8.51 sekilogram dan di Semenanjung Malaysia adalah RM8.49.

Malah harga ayam yang ditawarkan di pasar raya jauh lebih rendah iaitu serendah RM7.49 sekilogram. Di Terengganu pula media melaporkan harga ayam segar turun sehingga 15 peratus atau RM1.40 sekilogram yang mana kebanyakan peniaga menjual antara RM7.20 dan RM7.99 sekilogram