Dua beradik hilang ditemui selamat

Widad Halimmudin (kanan) berkongsi gambar kepada Sinar Harian menunjukkan kedua-dua anak saudaranya yang ditemui selamat hari ini.
Widad Halimmudin (kanan) berkongsi gambar kepada Sinar Harian menunjukkan kedua-dua anak saudaranya yang ditemui selamat hari ini.
A
A
A

IPOH - Dua beradik yang hilang sejak Sabtu lalu ditemui selamat di rumah seorang rakannya di Parit.

Bapa saudara kanak-kanak tersebut, Widad Halimmudin Ali Azmi, 30, berkata, Muhammad Qayyum Darwish Tang, 10, Muhammad Adam Danish Tang, 11, diketahui berada di situ setelah dimaklumkan oleh ibu rakan kanak-kanak tersebut hari ini.

Menurutnya, makluman itu dibuat setelah berita kehilangan mereka tular di media sosial dan disiarkan di Sinar Harian semalam.

"Alhamdulillah, mereka berdua selamat. Ibu kawannnya hubungi pihak pondok dan kemudian pihak pondok maklum pada saya bahawa mereka selamat dan ada di rumah.

"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu mengesan anak saudara saya. Hanya ALLAH membalas jasa baik semua," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Semalam kedua-dua mereka dipercayai hilang selepas keluar bersama rakannya daripada Pondok Al-Jaafar, Gopeng.

Dua beradik itu kali terakhir dilihat berada di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak, Gopeng.

Widad Halimmudin berkata, pihak keluarga akan berbincang dengan pihak Pondok Al-Jaafar mengenai kedua-dua kanak-kanak tersebut sama ada akan meneruskan pengajian di situ atau sebaliknya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKELBERKAITAN:

Dua-beradik-hilang-dari-sekolah-pondok