Usahawan jangan hanya fikir sijil halal, perlu lakukan transformasi digital

Mohamad Nasriff (dua dari kanan) mendengar perkongsian usahawan mengenai produk keluaran mereka ketika Majlis Perasmian Kala Fest 2023 di sini pada Khamis. Turut kelihatan, Hadir sama, Ahmad (kanan).
Mohamad Nasriff (dua dari kanan) mendengar perkongsian usahawan mengenai produk keluaran mereka ketika Majlis Perasmian Kala Fest 2023 di sini pada Khamis. Turut kelihatan, Hadir sama, Ahmad (kanan).
A
A
A

KOTA BHARU - Hampir 800 usahawan di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) digalakkan melaksanakan proses transformasi digital dalam pemasaran bagi meningkatkan perniagaan mereka.

Timbalan Pengerusi, Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, Mohamad Nasriff Daud berkata, justeru PKINK mengambil inisiatif bekerjasama dengan pempegaruh untuk mengajar usahawan menggunakan aplikasi di media sosial yang boleh membantu mereka.

"Kita mahu mendidik mereka bukan sahaja memikirkan untuk mendapatkan sijil halal tetapi ada lagi kaedah lain yang boleh membangunkan perniagaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Kala Fest 2023 di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Kelantan, Ahmad Yakob

Mohamad Nasriff memberitahu, ada usahawan yang masih berada di takuk lama dan belum terdedah dengan kaedah lebih moden.

"Kita mengalami masalah kerana usahawan mempunyai produk tetapi tidak mahu berfikir lebih jauh untuk memasarkannya," katanya.

Tambah beliau, pertumbuhan perniagaan perlu melalui peningkatan ilmu berkaitan keusahawanan sekali gus bersedia melakukan perubahan positif dalam perniagaan.

"llmu bukan sahaja mengelakkan usahawan daripada terlibat perkara yang diharamkan malah mengimbangi emosi dan perasaan ketika membuat pertimbangan

Artikel Berkaitan:

perniagaan," katanya.

Program empat hari yang bermula Khamis melibatkan usahawan tempatan yang sudah mempunyai produk dan dikenali di Kelantan.