Debu 'ancam' kesihatan, kehidupan penduduk

Maimun (kanan) terpaksa menampal plastik pada dinding kedainya bagi mengelakkan debu. Gambar kanan: Penduduk menunjukkan keadaan debu yang teruk.
Maimun (kanan) terpaksa menampal plastik pada dinding kedainya bagi mengelakkan debu. Gambar kanan: Penduduk menunjukkan keadaan debu yang teruk.
A
A
A

RANTAU PANGJANG - Penduduk di kawasan Jeram Perdah di sini mendakwa tahap kesihatan dan kehidupan mereka 'merosot' susulan pencemaran kepulan debu tebal yang berpunca daripada pembinaan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Ekoran itu, penduduk mendakwa mereka terpaksa menutup tingkap dan tidak dapat menjemur pakaian serta berniaga seperti biasa malah ada dalam kalangan mereka diserang penyakit kulit serta asma.

Ini diakui sendiri oleh wakil penduduk, Mohd Amin Zahari, 22, yang mendakwa isterinya terpaksa mendapatkan rawatan doktor pakar disebabkan masalah kulit yang dialami kerana sering terdedah dengan debu.

"Penyakit yang menimpa isteri menyebabkan kami terpaksa menutup kedai makan kerana tidak sanggup berdepan dengan keadaan berdebu.

"Sudahlah hendak berniaga susah, pelanggan lari kerana tidak selesa dengan keadaan, isteri pula terpaksa menanggung derita sakit kulit," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Khamis.

Bapa kepada dua anak itu berkata, dia dan penduduk kampung berharap masalah debu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Penduduk di kawasan Jeram Perdah di sini mendakwa tahap kesihatan dan kehidupan mereka 'merosot' susulan pencemaran kepulan debu tebal yang berpunca daripada pembinaan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Penduduk di kawasan Jeram Perdah di sini mendakwa tahap kesihatan dan kehidupan mereka 'merosot' susulan pencemaran kepulan debu tebal yang berpunca daripada pembinaan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.

Seorang peniaga kedai runcit, Maimun Yusof, 69, memberitahu, dia terpaksa menampal plastik pada dinding kedainya bagi mengelakkan debu.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, sebelum ini keadaan debu tidak seteruk sekarang kerana setiap hari pemaju akan menyediakan lori untuk membasahkan jalan.

"Sejak awal Oktober lalu, projek pembinaan didakwa dihentikan seketika sehingga Februari ini.

"Oleh kerana keadaan jalan yang tidak bertar hanya berbatu sahaja ia menyebabkan keadaan debu semakin teruk sehingga kami terpaksa berkurung di dalam rumah," katanya.

Tambah Maimun, semua penduduk tidak berani membuka tingkap dan pintu kerana bimbang debu memasuki ke dalam rumah.

Menurut dia, mereka berharap jika pihak pemaju dapat menurap jalan buat sementara waktu bagi mengelak debu yang teruk.

Bagi peniaga pisang goreng, Zubainin Zakaria, 46, memberitahu jika sebelum ini setiap hari dia mampu menjual 15 kilogram pisang.

Zubainin (kanan) terpaksa mengelap debu setiap sejam sekali kerana jika dibiarkan ia terlalu tebal.
Zubainin (kanan) terpaksa mengelap debu setiap sejam sekali kerana jika dibiarkan ia terlalu tebal.

"Sejak debu ini semakin teruk, sekilogram pun sukar hendak dijual kerana pelanggan tidak berani hendak berhenti bila melihat kedai yang terdedah dengan debu.

"Bukan itu sahaja, saya terpaksa mengelap debu setiap sejam sekali kerana jika dibiarkan ia terlalu tebal," katanya.

Sementara itu, Penghulu Mukim Siram, Zamri Yahya ketika dihubungi memberitahu, perkara tersebut dalam pengetahuan pihaknya.

Menurut beliau, pihak pemaju diminta supaya menurap laluan di Jeram Perdah buat sementara waktu sepanjang operasi pembinaan dihentikan.