Kenali siapa Yahudi dan sifat mereka dalam al-Quran

BANGSA Yahudi dinamakan Bani Israel dalam al-Quran. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik
BANGSA Yahudi dinamakan Bani Israel dalam al-Quran. -Gambar hiasan/ Foto: Freepik
A
A
A

KONFLIK Israel-Palestin masih lagi berterusan. Ia semakin meruncing sejak orang Yahudi menubuhkan negara haram Israel pada tahun 1948 dengan bantuan Britain.

Jika ditelusuri salasilahnya, bangsa Yahudi sebenarnya ialah umat Nabi Musa AS, berketurunan Nabi Yaakub AS.

Memetik jurnal tulisan Wahab Md Salleh dalam journalarticle.ukm.my, ALLAH SWT menggelarkan mereka dalam al-Quran sebagai Bani Israel iaitu anak cucu Israel.

Perkara itu dirakamkan dalam al-Quran menerusi firman ALLAH SWT: “Wahai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-KU yang telah AKU anugerahkan kepada kamu dan (ingatlah) juga bahawasanya AKU telah melebihkan kamu atas segala bangsa (yang ada di zaman nenek moyang mereka, iaitu zaman Nabi ALLAH Musa AS).” (Surah al-Baqarah, ayat 47)

Artikel itu menyebut, bangsa tersebut dikenali sebagai Yahudi yang dinisbahkan kepada salah seorang anak Nabi Yaakub bernama Yahudha kerana kerajaan Bani Israel dikuasai oleh keturunannya.

“Orang Yahudi merupakan satu rumpun bangsa dari satu keturunan sahaja dan tidak bercampur dengan bangsa serta keturunan lain.

“Namun, orang Yahudi yang ada pada hari ini telah bercampur aduk dengan bangsa-bangsa lain, bukan lagi sebagai Bani Israel yang tulen,” katanya.

Artikel Berkaitan:

SEJAK orang Yahudi dengan bantuan Britain menubuhkan negara haram Israel pada 1948, banyak penindasan terhadap rakyat Palestin berlaku. -Gambar hiasan
SEJAK orang Yahudi dengan bantuan Britain menubuhkan negara haram Israel pada 1948, banyak penindasan terhadap rakyat Palestin berlaku. -Gambar hiasan

Tidak dinafikan, bangsa itu mempunyai banyak kelebihan. Antaranya sebahagian ulama menyatakan, banyaknya nabi-nabi yang diutuskan dalam kalangan mereka.

“Akan tetapi, situasi itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa perangai mereka sangat jahat sehingga memerlukan banyak pembimbing dan tidak cukup hanya seorang.

“Setiap kali mati seorang nabi, mereka kembali kepada kezaliman dan kesesatan, lalu ALLAH mengutuskan nabi yang lain,” katanya.

Bangsa tersebut terkenal dengan sifat bakhil, tamak dan hasad dengki sebagaimana yang dirakamkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman: “Ataukah ada bagi mereka bahagian daripada kerajaan, sekiranya ada, mereka tidak akan memberikan sedikit pun (kebajikan) kepada manusia. Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang telah ALLAH berikan kepadanya.” (Surah an-Nisa’, ayat 53-54)

Sementara itu, pendakwah Ustaz Adnin Roslan menerusi video yang dikongsikan di platform X miliknya mendedahkan sisi negatif orang Yahudi.

Beliau menyenaraikan 10 sifat mereka seperti berikut:

1. Mereka banyak membunuh nabi, malah berbangga boleh berbuat demikian.

2. Tidak bersyukur.

ALLAH SWT sudah selamatkan mereka daripada Firaun dan diizinkan untuk melihat mukjizat laut terbelah dua, tetapi kemudian meminta Nabi Musa membuat berhala untuk disembah.

3. Tatkala Nabi Musa AS ke Bukit Tursina untuk bermunajat, mereka telah menyembah patung lembu.

4. Sudah dapat makanan dari langit iaitu Manna dan Salwa, tetapi tidak bersyukur. Sebaliknya, mereka meminta kacang, bawang putih dan bawang merah.

SEBAHAGIAN sedutan video Ustaz Adnin tentang sifat-sifat orang Yahudi.
SEBAHAGIAN sedutan video Ustaz Adnin tentang sifat-sifat orang Yahudi.

5. ALLAH SWT melarang mereka menangkap ikan pada hari Sabtu.

Malangnya, mereka mengendahkan larangan tersebut. Akhirnya ALLAH SWT mengubah mereka menjadi kera.

6. Meminta raja daripada ALLAH untuk menyatukan mereka.

Apabila Talut dilantik ‘mengepalai’ mereka, pantas ditolaknya kerana beliau miskin.

7. Tahu Nabi Muhammad SAW itu benar, tetapi mereka menolaknya.

Ini kerana mereka menyimpan hasad dengki lantaran Baginda datang dari bangsa Arab.

8. Melihat kemungkaran, tetapi tidak mencegahnya.

9. Dakwa Uzair itu anak ALLAH, tetapi lebih teruk lagi apabila mereka mengatakan diri mereka sebagai anak dan kekasih ALLAH.

10. Menyelewengkan Taurat dan hina nabi-nabi di dalam kitab suci berkenaan.

Sumber: http://journalarticle.ukm.my/ & platform X @adninroslan