‘Lihat mayat anak Palestin, terbayang anak sendiri’

Mohd Khalis (tengah) mendukung kedua-dua anaknya sambil memegang bendera Palestin sebagai simbolik sokongan terhadap rakyat di negara itu pada Himpunan 2 Roda Untukmu Palestin 1.0 (Hiroup) di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini baru-baru ini.

A
A
A

KOTA BHARU - Ibu bapa di negara ini memilih untuk menerapkan nilai-nilai solidariti terhadap Palestin dalam kalangan anak-anak mereka pada usia masih kecil.

Solidariti yang bermaksud kebersamaan dan persaudaraan itu akan mengukukuhkan lagi semangat kemanusiaan dan jati diri seterusnya membangkitkan kecaman terhadap kezaliman rejim Zionis.

Seorang guru, Mohd Khalis Mohd Ariffin, 37, berkata, kesedaran timbul untuk membawa dua anak lelakinya ikut bersolidariti di sekitar Kelantan kerana sangat hiba melihat keadaan anak-anak Palestin yang cedera, trauma bahkan terkorban akibat perang di Semenanjung Gaza.

Dia tidak melepaskan peluang menyertai perhimpunan yang menyatakan sokongan kepada negara tertindas tersebut kerana hanya cara itu dapat dilakukan selain kerap menunjukkan kesan peperangan Palestin-Israel kepada dua anaknya yang berusia enam dan tujuh tahun melalui media sosial.

Kanak-kanak memegang sepanduk dengan tanda pagar ‘hentikan pembunuhan beramai-ramai’ pada Himpunan 2 Roda Untukmu Palestin 1.0 (Hiroup) di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini baru-baru ini.

“Sejak setahun lalu, saya mula dedahkan anak-anak dengan gambar atau video keadaan dan mangsa-mangsa perang di Palestin supaya mereka tahu kejahatan Israel.

“Kita semua bersedih dan berdukacita tetapi hanya mampu kirimkan doa. Melihat mayat anak Palestin, saya terbayangkan anak sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Himpunan 2 Roda Untukmu Palestin 1.0 (Hiroup) di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang peniaga, Mohd Amidi Fitri, 35, berkata, mahu tiga anak perempuannya yang berusia 12, 10 dan enam tahun bersifat tegas serta berani berjuang mempertahankan agama dan tanah air daripada dijajah.

Artikel Berkaitan:

Mohd Amidi (dua dari kiri) bersama tiga anak perempuannya turun padang mengecam kekejaman Zionis di Gaza pada Himpunan 2 Roda Untukmu Palestin 1.0 (Hiroup) di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini baru-baru ini.

Katanya, keadaan yang berlaku di Palestin juga mendidik segenap pelosok manusia di dunia untuk bersifat lebih ringan tangan membantu membela nasib mereka yang teraniaya.

“Anak-anak perlu dididik agar kental mempertahankan tanah air sendiri seperti mana anak-anak Palestin yang terkorban nyawa demi negara mereka.

“Kita juga perlu bersyukur dengan keamanan yang dikecapi atas kemakmuran tanah air ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim berkata, peranan ibu bapa penting dalam memberi kefahaman yang betul berkaitan pergolakan melibatkan Palestin dan Israel.

Dr Hafidzah Mustakim
Dr Hafidzah Mustakim

Menurut beliau, peperangan yang berlaku bukan melibatkan isu agama sebaliknya berkait rapat dengan perihal kemanusiaan dan pihak yang dizalimi perlu dibantu.

“Tidak ada cara untuk menolong saudara kita yang tertindas di dunia termasuk Palestin kecuali hanya dengan jati diri dan kebersamaan yang kuat dalam kalangan semua bangsa,” kata beliau.