Kes isteri kahwin dua sedang disiasat Jaheaik - Exco

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berhubung seorang lelaki mendakwa isterinya telah berkahwin dengan lelaki warga Pakistan ketika mereka masih sah sebagai suami isteri.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud berkata, pihaknya sedang membuat siasatan berhubung perkara tersebut.
"Ia sudah dalam siasatan Jaheaik," katanya secara ringkas semasa dihubungi pada Ahad.
Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok pada Rabu lalu selepas mendakwa isterinya telah berkahwin dengan lelaki warga Pakistan ketika mereka masih sah sebagai suami isteri.
Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohd Ismail Jamaluddin ketika dihubungi pada Ahad.
Ringkasan AI
- Jaheik menerima laporan seorang lelaki mendakwa isterinya berkahwin dengan lelaki warga Pakistan selagi mereka masih sah suami isteri
- Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta memberitahu pihaknya sedang menyiasat perkara tersebut
- Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok oleh suami yang mendakwa
- Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohd Ismail Jamaluddin mengesahkan penerimaan laporan tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

