Satu perempat wilayah Gaza musnah akibat bedilan roket Israel

Penduduk memeriksa rumah yang musnah dibedil tentera Israel di Khan Yunis, selatan Genting Gaza. - AFP
Penduduk memeriksa rumah yang musnah dibedil tentera Israel di Khan Yunis, selatan Genting Gaza. - AFP
A
A
A

GENEVA - Israel didakwa melakukan kempen pemusnahan bangunan dan kediaman penduduk Palestin secara besar-besaran di Genting Gaza dalam serangan ketenteraan berterusan sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med, rejim zionis itu menumpukan serangan di dua wilayah Gaza dan utara Gaza menerusi kempen pemusnahan sistematik yang bertujuan memaksa penduduk keluar dari wilayah itu.

Sebelum ini, Israel memberi amaran kepada penduduk di kedua-dua wilayah dihuni sejuta orang supaya berpindah ke bahagian tengah dan selatan Genting Gaza.

Katanya, tindakan itu dibimbangi akan membahayakan keselamatan orang awam dan menyebabkan krisis kemanusiaan semakin bertambah parah.

"Sebenarnya tentera Israel tidak menyasarkan orang atau infrastruktur awam, tetapi pada hakikatnya mereka telah melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan menerusi tembakan di kawasan padat dengan penduduk awam.

"Pelanggaran ini termasuk serangan terang-terangan di beberapa hak asasi orang awam termasuk kediaman, makanan dan harta benda," tegasnya.

Tambahnya, ketika ini sebanyak 52,000 daripada 250,000 buah rumah telah musnah akibat serangan udara dan darat Israel.

Euro-Med yang berpangkalan di Geneva, Switzerland menjelaskan bahawa lebih satu perempat di kawasan Gaza City dan utara Gaza telah terjejas dan 20 peratus rumah sudah tidak boleh tidak boleh didiami lagi.

Artikel Berkaitan:

Justeru, pemantau tersebut membuat kesimpulan bahawa Israel melakukan jenayah paling terburuk dalam sejarah moden dan sekali gus pelanggaran serius undang-undang kemanusiaan antarabangsa. - Agensi