Sila log masuk terlebih dahulu.

Pejabat agensi ABIM di Palestin dibom 

20 Oktober 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 20 OKTOBER 2023

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerima maklumat berhubung pejabat agensi mereka iaitu Global Peace Mission (GPM) di Palestin musnah akibat dibom rejim zionis dalam peperangan pada Rabu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

Serangan itu meranapkan bangunan tiga tingkat terletak di Utara Gaza yang menempatkan peralatan pejabat operasi berkenaan di tingkat paling atas.

Maklumat berhubung insiden diterima menerusi rakyat Palestin, Dr Tareq al Talmas yang juga Pengurus Besar GPM memberitahu pejabat operasi yang digunakan dalam misi membantu rakyat Palestin musnah.

Lebih menyayat hati apabila kediaman Dr Tareq sendiri turut ranap dibom oleh rejim berkenaan.

Dr Tareq dan keluarga beliau bagaimanapun terselamat dan masih berhubung dengan pihak ABIM di Malaysia dalam keadaan kepayahan elektrik yang dicatu pihak zionis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/630500/berita/nasional/pejabat-agensi-abim-di-palestin-musnah-dibom

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo