Persenda nama bapa Azmi Saat, Jihan Muse mohon maaf

Jihan Muse tampil memohon maaf susulan tindakannya mempersenda nama bapa penyanyi Azmi Saat ketika mengendalikan program All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu.
Jihan Muse tampil memohon maaf susulan tindakannya mempersenda nama bapa penyanyi Azmi Saat ketika mengendalikan program All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu.
A
A
A

PENGACARA Jihan Muse tampil memohon maaf susulan tindakannya mempersenda nama bapa penyanyi Azmi Saat ketika mengendalikan program All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu.

Mengakui kesilapan sendiri kerana tidak peka dan sensitif, pemilik nama penuh Nur Jihan Musa itu bagaimanapun menegaskan tidak berniat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan ramai.

"Mengenai isu segmen bersama Azmi Saat, saya telah berhubung dan memohon maaf secara peribadi dengan beliau pada hari Isnin lalu.

"Tiadalah niat untuk mempermainkan nama dan menghina seperti yang diperkatakan, namun saya akui ia adalah kesilapan daripada saya sendiri kerana tidak peka dan sensitif.

"Begitu juga dengan gurauan yang tidak bersesuaian yang telah dibuat. Ia tidak patut berlaku pada sesiapa pun," ujar wanita berusia 40 tahun itu.

Jihan berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Rabu.

Tambah Jihan, dia mengambil teguran dan pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

"Saya terima segala teguran. Segala yang buruk daripada kekhilafan saya sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Diharap perkara seperti ini tidak berulang lagi, baik daripada saya atau sesiapa sahaja. Ia bukan perkara yang boleh dinormalisasikan.

"Semoga kami dapat menyusun skrip dengan lebih baik selepas ini," jelasnya.

Azmi
Azmi

Terdahulu ketika mengendalikan konsert All Stars Gegar Vaganza minggu keempat Ahad lalu, Azmi telah muncul untuk berduet bersama Azharina Azhar.

Jihan kemudiannya telah bergurau berkaitan nama 'Saat' yang dianggap penonton mempersendakan nama Azmi.

Tidak berakhir di situ, selesai Azmi membuat persembahan, isteri kepada Ungku Hariz itu bertanya adakah Azmi memandu atau menaiki motor ke lokasi program berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam.

Pertanyaan itu ditegur juri tetap, Datuk Ramli MS yang menganggap soalan itu tidak bersesuaian memandangkan Azmi adalah Orang Kelainan Upaya (OKU), tetapi Jihan menjelaskan, soalan itu berada dalam skrip yang diberikan oleh pihak produksi.