Kak Lina Pom Pom tarik diri sebagai hos All Stars Gegar Vaganza

PELAKON dan penyanyi, Elly Mazlein memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan cara pengacaraannya menerusi program All Stars Gegar Vaganza (GV10),
Menerusi menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Ely atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina memaklumkan dia meletakkan semua kesalahan pada dirinya sendiri.
“Selepas Kak Lina membaca kesemuanya... Ya Kak Lina baca semua komen anda. Sudah masanya Kak Lina tidak perlu ada di GV demi menjaga hati anda dan semua pihak.. “Kak Lina meletakkan kesemua kesalahan pada diri sendiri,” tulisnya.
Dalam hantaran yang sama, Elly berkata, dia tidak berniat untuk melukakan hati sesiapa sebaliknya hanya melakukan kerja secara ikhlas dengan niat untuk mengiburkan orang ramai.