Kemuka sijil palsu, eksekutif syarikat didenda RM3,000

Seorang eksekutif syarikat swasta didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku mengemukakan Sijil Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) dan transkrip akademik palsu kepada Lembaga Jurutera Malaysia, dua tahun lepas. - Gambar hiasan

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang eksekutif syarikat swasta didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa selepas mengaku mengemukakan Sijil Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) dan transkrip akademik palsu kepada Lembaga Jurutera Malaysia, dua tahun lepas.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin turut memerintahkan tertuduh, Norasri Mohd Nor, 46, dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Bapa dua anak itu didakwa mengemukakan dokumen palsu daripada Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur untuk permohonan bagi jurutera siswazah kepada Lembaga Jurutera Malaysia di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin di sini pada 8 September 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 24(a) Akta Pendaftaran Jurutera 1967 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Peguam Ernie Ahmad dari Yayasan Biro Guaman Kebangsaan, yang mewakili Norasri, pula merayu denda minimum atas alasan anak guamnya telah menyesal dan memohon maaf atas kejadian itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: