Pemuda terjatuh sungai ditemukan lemas

Keratan Sinar Harian berhubung kejadian pemuda terjatuh sungai.
Keratan Sinar Harian berhubung kejadian pemuda terjatuh sungai.
A
A
A

PEKAN - Seorang pemuda berusia 19 tahun yang terjatuh ke dalam Sungai Pahang berhampiran sangkar ikan patin di Kampung Tebat Paloh Hinai di sini ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, mayat Mohamad Yusof Abdullah ditemukan kira-kira 900 meter dari tempat mangsa terjatuh pada jam 5.45 petang.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Terdahulu, Mohd Zaidi berkata, Balai Polis Paloh Hinai, Pekan menerima maklumat berkenaan mangsa pada jam 1.15 tengah hari itu.

Katanya, laporan itu dibuat oleh nelayan nelayan yang sedang menjala di kawasan berhampiran.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemuda berusia 19 tahun lemas di Sungai Pahang berhampiran sangkar ikan patin di Kampung Tebat Paloh Hinai
  • Mayat ditemukan kira-kira 900 meter dari tempat mangsa terjatuh
  • Pemuda tersebut adalah Mohamad Yusof Abdullah
  • Mayat dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat
  • Nelayan yang menjala di kawasan berhampiran membuat laporan kejadian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!