Wujudkan Majlis Perundingan Sukan Elektronik Wilayah Utara

Chuan How (tengah) menyaksikan pemeteraian MoU kerjasama di antara persatuan Sukan Elektronik Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis selepas merasmikan Kejohanan Esports Utara Malaysia di MAPS Theatre, Taman Tema Studio Animasi (MAPS), Bandar Meru Raya hari ini.
Chuan How (tengah) menyaksikan pemeteraian MoU kerjasama di antara persatuan Sukan Elektronik Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis selepas merasmikan Kejohanan Esports Utara Malaysia di MAPS Theatre, Taman Tema Studio Animasi (MAPS), Bandar Meru Raya hari ini.
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak mencadangkan supaya satu Majlis Perundingan Sukan Elektronik Wilayah Utara melibatkan empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak ditubuhkan.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Howard Lee Chuan How berkata, cadangan tersebut diusulkan bagi menjadikan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia mampu melahirkan ramai jaguh sukan elektronik di Asia Tenggara.

Menurutnya, sebelum hasrat tersebut direalisasikan, semua negeri-negeri di wilayah utara perlu mewujudkan Majlis Perundingan Sukan Elektronik masing-masing kerana setakat ini hanya Perak yang mempunyai majlis tersebut.

"Kita sedia memberikan sokongan serta fasilitasi dengan dasar dan kerangka untuk memastikan setiap negeri mempunyai Majlis Perundingan Sukan Elektronik masing-masing seterusnya boleh mewujudkan majlis perundingan sukan elektronik wilayah utara satu hari nanti.

"Persatuan ada fungsi dan bidang kuasanya. Pembuatan dasar adalah bidang kuasa kerajaan dan bagaimana kita boleh mendapatkan input semua pihak termasuk persatuan, pemain dan atlet, majlis inilah tempatnya untuk membincangkan perkara tersebut," katanya.

Beliua berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Esports Utara Malaysia di MAPS Theatre, Taman Tema Studio Animasi (MAPS), Bandar Meru Raya di sini hari ini.

Chuan How (hadapan, empat dari kanan) bersama peserta kejohanan ketika merasmikan Kejohanan Esports Utara Malaysia di MAPS Theatre, Taman Tema Studio Animasi (MAPS), Bandar Meru Raya hari ini.
Chuan How (hadapan, empat dari kanan) bersama peserta kejohanan ketika merasmikan Kejohanan Esports Utara Malaysia di MAPS Theatre, Taman Tema Studio Animasi (MAPS), Bandar Meru Raya hari ini.

Chuan How berkata, dalam usaha ke arah pembentukan Majlis Perundingan Sukan Elektronik Wilayah Utara itu, keempat-empat persatuan sukan elektronik negeri masing-masing memeterai perjanjian persefahaman (MoU) sempena penganjuran itu.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menurutnya penganjuran Kejohanan e-sports Utara Malaysia buat pertama kali itu diadakan dengan penglibatan tidak kurang 80 atlet di bawah Persatuan Sukan Elektronik di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

"Konsep penganjuran tersebut disifatkan setaraf penganjuran di peringkat antarabangsa dengan mengetengahkan konsep stadium e-sports.

Menurutnya, kejohanan tersebut menghimpunkan pasukan rasmi melalui jemputan daripada persatuan sukan elektronik negeri-negeri utara yang bersaing dengan juara dan naib juara daripada Kejohanan e-sports Perak.

Sementara itu, katanya, kerajaan negeri akan meneruskan Persidangan Industri Profesional Sukan Elektronik (EPIC) pada tahun 2020 yang dijadual berlangsung pada bulan Mac.

"Antara isu yang akan dibincangkan pada EPIC tahun depan adalah mengenai integrasi realiti terimbuh (augmented reality) atau AR dan realiti maya atau VR serta pelbagai isu untuk pembangunan sukan elektronik lain.

"Penganjuran program berkaitan sukan elektronik itu membuktikan kerajaan negeri serius dalam mengangkat martabat sukan tersebut setanding dengan sukan-sukan yang lain," katanya.