PRABN keluarkan amaran banjir kilat di empat negeri

Pusat ramalan, PRABN dan JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan melibatkan empat negeri pada Khamis. - Gambar hiasan Bernama
Pusat ramalan, PRABN dan JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan melibatkan empat negeri pada Khamis. - Gambar hiasan Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di beberapa kawasan melibatkan empat negeri pada Khamis.

Menurut notis tersebut, Kedah, Selangor, Sabah dan Sarawak berada dalam senarai lokasi berisiko banjir kilat berdasarkan maklumat ramalan hujan dari Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS) serta model ramalan banjir JPS.

Di Kedah, antara lokasi berisiko adalah di daerah Padang Terap melibatkan Mukim Padang Temak dan daerah Sik iaitu di Mukim Jemari; Mukim Sok serta kawasan sekitarnya.

Di Selangor pula, melibatkan daerah Petaling iaitu di Pekan Hicom; Mukim Damansara serta kawasan sekitarnya manakala di daerah Klang pula melibatkan Mukim Klang; Mukim Kapar; Pekan Pandamaran; Pekan Kapar dan kawasan berhampirannya.

Di Sabah melibatkan daerah Sandakan iaitu di Kampung Jaya Bakti dan kawasan sekitarnya.

Seterusnya, di Sarawak melibatkan dua daerah iaitu Samarahan yang mana ia melibatkan sebahagian kawasan Samarahan dan begitu juga di daerah Kuching yang melibatkan beberapa lokaliti Kuching.

PRABN menjelaskan terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi terbabit sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.

"Notis kesiapsiagaan ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir dan layari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa," kata notis itu.