Kempen advokasi beri kesedaran pengguna jalan raya

Seorang penunggang motosikal warga emas, Ibrahim Husin, 81 menunjukkan isyarat 'bagus' selepas diberikan topi keledar baharu oleh Sasikumar (kanan sekali).
Seorang penunggang motosikal warga emas, Ibrahim Husin, 81 menunjukkan isyarat 'bagus' selepas diberikan topi keledar baharu oleh Sasikumar (kanan sekali).
A
A
A

SHAH ALAM - Menjelang perayaan Krismas dan cuti sambutan Tahun Baharu 2020, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Selangor dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor melaksanakan advokasi khas bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya.

Pengarah JKJR Selangor, Sasikumar Sathasivam berkata, program tersebut adalah kesinambungan program setiap kali menjelang musim perayaan.

"Hari ini (semalam) kita adakan advokasi untuk penunggang motosikal dan pemandu kenderaan. Dalam masa sama kita lakukan pemeriksaan dan pemberian 30 topi keledar baharu dan 30 vest keselamatan kepada penunggang motosikal.

"Diharapkan masyarakat sentiasa mematuhi peraturan keselamatan jalan raya dan menyayangi nyawa mereka, keluarga dan pengguna lain," katanya ketika ditemui di lokasi advokasi di sini.

Menurut Sasikumar, statistik kemalangan jalan raya sentiasa meningkat setiap kali musim perayaan dan cuti panjang.

"Siri advokasi ini akan sentiasa diadakan secara berterusan sebagai kempen kesedaran keselamatan jalan raya.

"Saya ingin mengingatkan semua pengguna jalan raya sentiasa patuhi peraturan dan sentiasa pastikan kenderaan yang dipandu sentiasa berada dalam keadaan terbaik," katanya.

Kempen yang berlangsung kira-kira sejam itu turut disertai 45 orang termasuk 30 anggota JPJ yang diketuai Ketua Unit Operasi, Rosman Mohamad dan ahli tetap MKJR, Hashim Anang.

Artikel Berkaitan: