Dua pembantu kedai cedera dirempuh kereta

Estima yang remuk di bahagian hadapan selepas terbabit dalam kemalangan di simpang empat Kilometer 38, Jalan Teluk Intan-Klang di sini semalam.
Estima yang remuk di bahagian hadapan selepas terbabit dalam kemalangan di simpang empat Kilometer 38, Jalan Teluk Intan-Klang di sini semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Dua pembantu kedai cedera selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta di simpang empat Kilometer 38, Jalan Teluk Intan-Klang di sini semalam.

Kejadian jam 10.50 pagi berlaku itu ketika penunggang dan pembonceng motosikal masing-masing berusia 25 tahun keluar dari simpang sebelah kiri menuju ke simpang kanan.

Ketua Polis Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kenderaan jenis Toyota Estima yang datang dari arah Sekinchan menuju ke Kulim, Kedah tidak sempat mengelak kerana jarak dekat melanggar motosikal terbabit.

"Kejadian itu mengakibatkan penunggang motosikal patah pergelangan tangan dan betis kiri dirujuk ke Hospital Teluk Intan.

"Pembonceng motosikal itu pula patah betis dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh sementara pemandu Toyota Estima tidak cedera," katanya.

Artikel Berkaitan: