Kongsi teknologi baharu

Penerangan kepada peserta di JA Tokyo Agri Park yang merupakan pusat mempromosikan produk pertanian di kawasan bandar.
Penerangan kepada peserta di JA Tokyo Agri Park yang merupakan pusat mempromosikan produk pertanian di kawasan bandar.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) meneruskan inisiatifnya untuk menggalakkan penglibatan golongan muda serta belia dalam sektor pertanian dan industri asas tani menerusi Program Benchmarking Agropreneur Muda MOA 2019 di Jepun.

Pengarah Unit Agropreneur Muda (UAM), Mohammad Ezri Samsuddin berkata, program yang melibatkan perkongsian dan pemindahan teknologi baharu itu dilihat dapat membuka peluang kepada kementerian untuk berkongsi dengan kumpulan sasar.

Menurutnya, usaha itu sekali gus memberikan pendedahan berkaitan teknologi terkini melalui Ikon Agropreneur Muda yang dilantik supaya boleh disampaikan kepada Agropreneur Muda seluruh negara kelak.

“Program ini akan dilaksanakan melalui sub program peningkatan kompetensi modal insan.

“Peningkatan kompetensi modal insan adalah amat penting bagi meningkatkan daya saing Program Agropreneur Muda (PAM) MOA dan bagi memastikan program ini sentiasa relevan,” katanya kepada Sinar Harian di sini baru-baru ini.

Sesi taklimat oleh The National Agriculture and Food Research Organization (NARO) mengenai evolusi pertanian di Jepun.
Sesi taklimat oleh The National Agriculture and Food Research Organization (NARO) mengenai evolusi pertanian di Jepun.

Mohammad Ezri berkata, pada peringkat penggubalan dasar dan polisi, hasil daripada program itu akan dapat digunakan untuk menambah baik pelaksanaan PAM dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) kelak.

Menurutnya, pada peringkat pelaksanaan pula, program berkenaan dapat meningkatkan kecekapan dan keupayaan pegawai dalam membimbing serta menawarkan perkhidmatan terbaik yang diperlukan oleh peserta PAM.

Artikel Berkaitan:

“Pada masa yang sama, program ini juga akan dapat meningkatkan tahap motivasi dan profesionalisme peserta PAM yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, seramai 5,449 agropreneur muda seluruh negara telah menerima geran dan pembiayaan menerusi PAM dari 1 Januari 2016 sehingga 31 Oktober lalu yang berjumlah RM95.1 juta.

Mohammad Ezri berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,195 orang terlibat dalam sektor tanaman dengan peruntukan sebanyak RM35.7 juta.

Program Benchmarking Agropreneur Muda MOA 2019 di Jepun galak penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian dan industri asas tani.
Program Benchmarking Agropreneur Muda MOA 2019 di Jepun galak penglibatan golongan muda dalam sektor pertanian dan industri asas tani.

Menurutnya, sebanyak RM9.6 juta diperuntukkan untuk sektor perikanan yang melibatkan seramai 435 orang, sementara sektor ternakan pula disertai seramai 1,095 orang dan melibatkan sebanyak RM23.7 juta.

“Industri asas tani melibatkan seramai 1,724 orang dan sebanyak RM26.1 juta diperuntukkan untuk sektor tersebut.

“PAM dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) untuk golongan muda yang berusia antara 18 hingga 40 tahun," katanya.

Taklimat oleh pengurus ladang Sayama Berryland berkaitan konsep agro pelancongan dan teknologi dalam tanaman.
Taklimat oleh pengurus ladang Sayama Berryland berkaitan konsep agro pelancongan dan teknologi dalam tanaman.

Beliau berkata, program itu bertujuan bagi membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam sektor agromakanan yang merangkumi semua bidang di sepanjang rantaian nilai seperti tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani.

“Ia juga termasuk pemasa-ran, latihan dan kursus teknikal, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian serta agropelancongan,” katanya.