45 pekerja Ladang Nenas Kerpal terputus hubungan

Sebahagian pekerja Ladang Nenas Kerpal yang dipindahkan ke tempat lebih selamat selepas terputus hubungan akibat banjir.
Sebahagian pekerja Ladang Nenas Kerpal yang dipindahkan ke tempat lebih selamat selepas terputus hubungan akibat banjir.
A
A
A

KUANTAN - Pasukan bomba membantu memindahkan seramai 45 pekerja Ladang Nenas Kerpal, Rompin yang terputus hubungan selepas kawasan ladang itu dilanda banjir.

Semua mangsa termasuk seorang wanita dipindahkan ke pusat pemindahan yang disediakan pihak ladang di kawasan ladang lebih selamat.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan memaklumkan, Balai Bomba dan Penyelamat Rompin menggunakan sebuah bot gentian kaca dan lori bagi memindahkan mangsa yang terlibat.

"Pihak bomba bersama wakil ladang turut membuat pemantauan kedalaman air di kawasan terjejas," katanya.

Sehingga jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di daerah Rompin meningkat kepada 637 orang berbanding 142 orang jam 8 malam semalam.

Sebanyak sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di daerah itu bagi menempatkan 170 keluarga yang terjejas.

PPS yang telah dibuka termasuk di Balai Kampung Sepayang melibatkan seramai 35 mangsa, Dewan Teluk Gading (26 mangsa), Balairaya Lintang atau Surau Kampung Perpat membabitkan empat keluarga (28 mangsa).

Enam lagi PPS yang dibuka ialah Balairaya Kampung Janglau (34 mangsa); Dewan Kampung Setajam (159 mangsa), Dewan Angkat Berat (42 mangsa), Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pianggau (263 mangsa), Balai Raya Bukit Lepas ( 33 mangsa) dan SK Sarang Tiong (66 mangsa).

Artikel Berkaitan: