Pengarah jabatan ditahan SPRM

No Image Caption
A
A
A

GEORGETOWN - Pengarah sebuah Jabatan perkhidmatan awam di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.

Suspek ditahan kerana dipercayai terbabit dalam salah guna kuasa melibatkan pemberian projek kepada syarikat milik anaknya.

Menurut sumber, pengarah itu ditahan jam 8.10 pagi ini ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di Georgetown.

Pengarah berkenaan dipercayai telah menggunakan jawatannya dengan mencadangkan syarikat, milik anak beliau sendiri untuk Sistem Kelas Tabika Perpaduan Negeri Pulau Pinang kepada Jawatankuasa penilaian Sebutharga Perkhidmatan Sistem EDU KIDS bernilai RM45,472.

Difahamkan, SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Georgetown petang ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: