Sultan Selangor ziarah makam ayahanda

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ketika menziarahi makam ayahanda baginda di Makam Diraja Klang. - Foto Selangor Royal Office
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ketika menziarahi makam ayahanda baginda di Makam Diraja Klang. - Foto Selangor Royal Office
A
A
A

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menziarahi makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Makam Diraja Klang sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-74 Isnin lalu.

Selangor Royal Ofice menerusi kenyataan melalui laman sosial memaklumkan baginda menziarahi makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Turut hadir para pembesar negeri dan kerabat Diraja Selangor.

Bacaan tahlil dan doa selamat dibacakan oleh Mufti Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menziarahi makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Makam Diraja Klang, sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-74, Isnin lalu. - Foto Selangor Royal Office

Artikel Berkaitan: