Sultan Ibrahim berangkat ziarah Makam Diraja sempena Hari Hol

Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Ziarah Makam bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail, pada Rabu. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim berangkat ke Istiadat Ziarah Makam bersempena Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail, pada Rabu. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berangkat ke Istiadat Ziarah Makam bersempena dengan Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail, pada Rabu.

Baginda berangkat tiba di Makam Diraja Mahmoodiah di sini, dan disambut oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada 8.45 pagi tadi, menurut satu hantaran dalam Facebook rasmi baginda di sini pada Rabu.

Turut berangkat, Tunku Aris Bendahara Johor, Tunku Abdul Majid Idris Almarhum Sultan Iskandar; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Majlis berkenaan dipimpin oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Hari Hol merupakan hari memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor sejak 1896, setahun selepas kemangkatan Almarhum Sultan Abu Bakar. - Bernama

Artikel Berkaitan: