X

Kindly register in order to view this article
!

Warga Yaman terperangkap dalam kondo terbakar

Kesan kebakaran di bahagian ruang tamu rumah yang diduduki warga Yaman di Setapak.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Yaman yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah kondominium di Setapak diselamatkan pasukan bomba malam tadi.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, Pegawai Bomba Kanan II, Shamsul Bahri Hashim berkata, dalam kejadian jam 12. 12 tengah malam itu, mangsa Ahmed Redha Ahmed Mohaid, 30-an dibawa keluar melalui pintu utama.

"Mangsa yang berstatus pelajar terperangkap dalam sebuah bilik berhampiran dapur dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang lelaki terselamat dalam kebakaran di sebuah kondominium di Setapak kira-kira jam 12 tengah malam tadi.
Seorang lelaki terselamat dalam kebakaran di sebuah kondominium di Setapak kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

"Kebakaran berlaku di bahagian ruang tamu rumah mengakibatkan kemusnahan 50 peratus," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran masih siasatan forensik bomba dan seramai 16 anggota dari BBP Setapak dan BBP Wangsa Maju terlibat dalam operasi itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!