Sultan Selangor berkenan terima zakat RM7. 589 juta

Sultan Sharafuddin menerima pembayaran zakat dari NEKMAT dalam satu majlis di Istana Alam Shah hari ini.
Sultan Sharafuddin menerima pembayaran zakat dari NEKMAT dalam satu majlis di Istana Alam Shah hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM7.589 juta daripada tiga syarikat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis di Istana Alam Shah hari ini.

Tiga syarikat itu ialah Gas Malaysia Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Hashimi Abdul Manap yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.5 juta manakala Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) diwakili Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Datuk Pahrolrazi Mohd Zawawi sebanyak RM3.089 juta.

Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) pula diwakili Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan, Abdul Hamid Bahari menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM1 juta.

Semua pembayaran zakat perniagaan berkenaan adalah bagi tahun kewangan berakhir pada 2017 hingga 2019.

Upacara penyerahan zakat dihadiri Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M Yusop dan Ketua Divisyen Kutipan, Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Artikel Berkaitan: