Nur Iman Nadhirah hilang ketika berkursus

Nur Iman Nadhirah Yusri
Nur Iman Nadhirah Yusri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan, Nur Iman Nadhirah Yusri dipercayai hilang pagi tadi semasa menjalani kursus di Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy Chinniah berkata, pihaknya telah menerima laporan kehilangan berkenaan.

"Kami telah mengambil keterangan dan menjalankan siasatan," katanya ketika ditemui selepas sidang media berkenaan tangkapan tujuh individu terlibat dalam kes Macau Scam hari ini.

Terdahulu, kehilangan remaja berkenaan tular di laman Twitter dan ahli keluarganya turut meminta bantuan jika ternampak atau mempunyai maklumat supaya menghubungi keluarganya iaitu Halyani Hassan 012 5247724 atau Yusri Kamarudin 018 6687192.

Artikel Berkaitan: