Bomba pujuk remaja perempuan panjat tangki air

Anggota bomba sedang memujuk remaja perempuan terbabit untuk turun.
Anggota bomba sedang memujuk remaja perempuan terbabit untuk turun.
A
A
A

MELAKA - Seorang remaja perempuan yang juga penghuni di sebuah rumah jagaan di Melaka mendakwa terdengar bisikan halus sebelum memanjat tangki air asrama itu dekat sini pada Selasa.

Dalam kejadian lebih kurang jam 1 petang, remaja berusia 16 tahun yang dipercayai mengalami kemurungan berjaya dipujuk anggota bomba supaya turun dari tangki air setinggi lebih enam meter.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah Pegawai Bomba Kanan l (KUP), Khairudin Atan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 1.13 petang dan bergegas ke tempat kejadian.

Seorang remaja perempuan didakwa memanjat tangki air itu untuk terjun dalam kejadian pada jam 1 petang Selasa.
Seorang remaja perempuan didakwa memanjat tangki air itu untuk terjun dalam kejadian pada jam 1 petang Selasa.

"Setiba di sana anggota mendapati seorang remaja perempuan berada di atas tangki air setinggi lebih enam meter.

"Mangsa bagaimanapun berjaya dipujuk dan diturunkan dari tangki air sebelum operasi tamat pada jam 2.02 petang," katanya dalam satu kenyataan.

Remaja itu kemudiannya diserahkan kepada Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.