X

Kindly register in order to view this article
!

DBKL laksana turapan getah di Sungai Besi

Kerja turapan CMB dari bahan getah dijalan oleh kontraktor DBKL di jalan Sungai Besi kelmarin.
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula menggunakan teknologi 'Cuplump Modified Bitumen' (CMB) untuk turapan jalan menggunakan bahan getah di jalan Sungai Besi pada Jumaat lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, teknologi menggunakan bahan getah itu akan dilaksanakan secara berperingkat di jalan di bawah kendalian DBKL.

"Ia bagi memperbanyakkan teknologi tersebut di samping membantu industri getah tempatan.

"Dijangka semua jalan di Kuala Lumpur bakal menggunakan turapan sama mulai tahun depan," katanya.

Terdahulu, Menteri Industri Utama, Teresa Kok pada Februari lalu berkata, kerajaan memperuntuk RM100 juta bagi kerja penyelenggaraan dan pembinaan jalan raya di kawasan pelabuhan serta perindustrian di negara ini secara berperingkat menggunakan teknologi turapan CMB.

Menurutnya, turapan jalan getah ini membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan dan mengoptimumkan penggunaan getah tempatan secara signifikasi pada masa akan datang.

Penggunaan CMB terbabit mampu memberikan prestasi keseluruhan jalan yang lebih baik berbanding turapan konvensional.

Ketahanan jalan juga meningkat dari segi rintangan keretakan permukaan jalan dan rintangan gelincir yang baik malah mampu mempunyai jangka hayat yang lebih lama.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!