Kesilapan paparan bendera Malaysia tak patut berlaku

Dr Muhammad Faiz Na'aman
Dr Muhammad Faiz Na'aman
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membidas kesilapan paparan bendera Malaysia pada perasmian Kejohanan Bola Keranjang ke-28 anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) semalam.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na'aman berkata, perkara itu dianggap kemuncak 'kebebalan' dan 'kejahilan' segelintir pihak yang tidak peka dengan simbol kedaulatan negara.

"Jika benar kita menjiwai semangat patriotisme, mustahil bentuk bendera negara sendiri boleh dilupai. Apa yang mereka belajar di sekolah selama ini atau adakah segelintir sekolah tidak menekankan semangat kebangsaan kepada pelajarnya?

ARTIKEL BERKAITAN: Bendera Malaysia bintang lima: MABA mohon maaf

'Mustahil tak peka bendera Malaysia, bukan duduk sehari dua' - Netizen

"Apakah kelompok manusia itu tidak mengendahkan segala perihal kenegaraan negara? Sekadar mahu hidup buat untung dan kemudiannya melaungkan slogan hak sama rata serta kebebasan bersuara?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap isu tersebut yang boleh menyebabkan provokasi serta memecahbelahkan kaum malah mengelirukan masyarakat.

"Sudah tiba masanya elemen kebangsaan diperkasakan tanpa kompromi supaya semua warganegara bersatu padu dan saling hormat-menghormati serta tidak hidup dalam kelompok kaum sendiri sahaja.

Artikel Berkaitan:

"Rakyat Malaysia tidak wajar memandang enteng sebarang kes yang melibatkan simbol-simbol kebangsaan negara ini. Negara bertuah ini perlu dihormati dan disyukuri oleh rakyat Malaysia," katanya.