'Mustahil tak peka bendera Malaysia, bukan duduk sehari dua' - Netizen

Netizen gesa polis segera siasat penularan video Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima.
Netizen gesa polis segera siasat penularan video Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima.
A
A
A

PENULARAN rakaman video bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian lagu Negaraku ketika perasmian kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 disifatkan satu pengkhianatan terhadap negara dan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera.

Salah seorang netizen, Arif Atan berkata, perbuatan itu telah menghina bendera yang menjadi lambang kedaulatan negara.

"#PDRM sila ambil tindakan. Ia menghina bendera lambang negara berdaulat adalah perbuatan provokasi melampau yang dibimbangi menggugat ketenteraman awam," katanya.

Hafiz Ab Ghafar juga menyokong kenyataan tersebut dan meminta perkara tersebut disiasat segera kerana seolah-olah disengajakan.

"#PDRM kena siasat kes ni. Ini seperti disengajakan, kalau setakat tertinggal satu bintang mungkin boleh dimaafkan, ini sampai banyak macam itu.

"Mustahil tak peka dengan bendera Malaysia, bukan baru sehari dua duduk di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, netizen juga mendakwa perbuatan itu sengaja dilakukan.

"Mereka bukan tersalah buat tapi memang sengaja buat, menghina Malaysia. Kami sayangkan negara kami!" katanya.

Artikel Berkaitan:

MCae Mcae juga mempersoalkan kefahaman pihak penganjur terhadap ideologi kebangsaan Malaysia iaitu Rukun Negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Bendera Malaysia bintang lima: MABA mohon maaf

"Prinsip-prinsip dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada kepada keharmonian dan perpaduan kaum.

"Namun mereka (pihak penganjur) seolah tidak tahu, tak payah jadi warganegara Malaysia, perkara asas pun silap," katanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim hari ini mengesahkan pihaknya sudah memanggil Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) bagi membantu siasatan berhubung kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang berbucu lima ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28, di sini, semalam.

Satu kertas siasatan sudah dibuka oleh pihaknya selepas MABA membuat laporan polis hari ini.