Bendera Malaysia bintang lima: MABA mohon maaf

Bendera Malaysia dengan lima bintang dipaparkan menerusi skrin digital ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam. Gambar kecil: MABA memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Bendera Malaysia dengan lima bintang itu dipaparkan menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian lagu Negaraku.

“Semasa majlis perasmian itu, pasukan penyiaran kami secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin TV stadium kami.

“Kami memohon maaf di atas kesilapan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk tindakan sedemikian. Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia,” kata MABA melalui kenyataan di Facebooknya malam tadi.

Sejak malam tadi video berdurasi 1 minit 42 saat itu tular di media sosial.

Netizen mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya kerana tidak peka dengan sensitiviti.

Sementara itu, memetik laporan Malaysia Gazette, Westports Holdings Berhad (Westport) masih menunggu penjelasan daripada MABA dan kontraktor yang terlibat berhubung paparan klip video bendera Malaysia dengan lima bintang.

Pengarah Urusan Westport, Datuk Ruben Gnanalingam berkata, syarikat itu menyedari mengenai kesilapan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Westport adalah antara penaja rasmi Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 yang berlangsung dari 25 November hingga 1 Disember ini.