X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Tukang paip, lelaki Jepun gaduh didenda RM1,000

Sanasi (kiri) turut beredar selepas membayar denda yang dikenakan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. (Kanan) Koji Miyajima beredar dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas membayar denda.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang warga Jepun dan seorang tukang paip warga tempatan didenda masing-masing RM1,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan melakukan gaduh gempar dan mengganggu ketenteraman awam bulan lalu.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Koji Miyajima, 64 dan S R Sanasi, 57, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca.

Mohamad Aizat turut menasihati kedua-dua tertuduh supaya mengawal emosi dan tidak menggunakan kekerasan terutama di tempat awam.

Mengikut pertuduhan, dua lelaki tersebut melakukan kesalahan di tingkat bawah tanah sebuah pasar raya di Bangsar pada jam 2.15 petang, 3 Oktober lalu.

Mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai tauladan kepada kedua-dua tertuduh dan orang awam.

Bagaimanapun mereka yang tidak diwakili peguam bela memohon hukuman ringan kerana kesalahan pertama manakala Sanasi perlu menyara isteri dan empat anak.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!