Sila log masuk terlebih dahulu.

Warga tempatan ditahan akibat mencuri kabel logam

26 April 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 26 APRIL 2023

Empat lelaki termasuk dua beradik warga tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika melakukan rompakan di pelantar minyak di kedudukan 0.7 batu nautika, timur laut Jeti Tanjung Langsat pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, kesemua suspek berusia 27 hingga 47 tahun itu menggunakan bot gentian kaca untuk mencuri kabel logam di bawah pelantar Aurora Producer 1, pada jam 12.30 tengah malam.

Ujarnya, sebuah bot Maritim Malaysia diarahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima aduan mengenai insiden rompakan itu.

Artikel: https://bit.ly/3VasUik

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian